Berita Harian 18/1/2007 (Citra)
BUKTI menunjukkan amalan pemakanan seharian memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita memberi perhatian kepada apa yang di makan demi kesihatan kita. Contohnya gout, iaitu masalah yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi.
Gout biasanya menjejaskan sendi ibu jari kaki, pergelangan buku lali kaki, sendi jari tangan, pergelangan tangan dan siku. Walaupun gout tidak merebak daripada satu sendi ke satu sendi yang lain, masalah ini mendatangkan kesakitan yang akan menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian. Ini kerana pengumpulan asid urik akan menyebabkan keradangan pada tisu sekitar sendi yang terjejas menjurus kepada pembengkakan, kemerahan, rasa suam dan kejang.
Bagi mereka yang pernah mengalami gout, elakkan daripada mengambil makanan mengandungi purina yang tinggi seperti organ dalaman haiwan khususnya hati, buah pinggang dan sesetengah makanan laut. Pengambilan daging merah dan kekacang juga seharusnya dihadkan. Serangan ringan mungkin dialami dalam masa yang singkat, manakala serangan yang serius boleh berlanjutan selama beberapa hari atau minggu.
Dari segi perbandingan jantina, gout lebih banyak dialami lelaki terutama bagi yang berumur antara 40 hingga 50 tahun, manakala wanita lebih cenderung mengalaminya selepas menopaus. Minumlah air secukupnya untuk membantu penyingkiran asid urik daripada tubuh.
Berbanding dengan gout, artritis reumatoid boleh terjadi pada semua peringkat usia khususnya antara 25 hingga 50 tahun dan lazimnya di kalangan wanita. Artritis reumatoid adalah penyakit autoimun yang terjadi akibat sistem imun tubuh tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Dengan kata lain, ia menyerang tisu sendi sihat yang menjurus kepada keradangan dan kerosakan sendi.
Begitu pun, artritis reumatoid bukan terhad kepada sendi, tetapi serangannya mungkin turut membabitkan tisu kulit, mata, paru-paru dan saluran darah. Rasa letih dan demam mungkin juga dialami oleh penghidap reumatoid artritis.
Pada peringkat permulaan, gejala artritis tidak begitu ketara. Rasa sakit atau kejang hanya dirasai selepas aktiviti fizikal yang agak lasak dan lebih bersifat sementara. Rasa sakit atau kejang ini boleh berlaku pada satu atau banyak sendi.
Bagaimanapun, sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ia akan mempercepatkan perkembangannya. Ini kerana pergerakan yang berterusan akan menjurus kepada keradangan pembengkakan yang lebih serius. Rawatan awal dapat mencegah komplikasi serius seperti ketidakupayaan pergerakan dan kecacatan fizikal.
Kajian juga menunjukkan kerosakan berlaku dengan cepat dalam tempoh lima tahun yang pertama. Semua jenis artritis, sama ada osteoartritis, reumatoid artritis atau gout akan menyebabkan keradangan dan kesakitan. Kesemua artritis ini menjejaskan kualiti kehidupan dan keluarga serta menimbulkan perasaan rendah diri, putus asa, kerisauan dan gangguan emosi.
Pengambilan saderi (celery) dalam pemakanan harian bukanlah sesuatu yang asing dan ia bermanfaat untuk masalah artritis dan reumatisme. Di Barat, saderi banyak digunakan dalam masakan terutama pada musim sejuk kerana mempunyai bahan antitoksik, yang dikenali sebagai tonik pembersih khususnya selepas kebekuan musim sejuk.
Masyarakat Roman dan Greek menggunakannya untuk membersihkan darah dan masyarakat dulu juga percaya ia baik untuk saraf. Dari segi khasiat pemakanannya ia mengandungi Vitamin C dan potassium, berkalori rendah dan tanpa lemak. Selain itu ia kaya dengan sumber serat.
Keseluruhan pokoknya adalah bersifat perangsang dan menyubur, yang secara tradisinya digunakan untuk membantu melegakan keradangan saluran kencing, artritis serta ketegangan saraf, manakala pati bijinya digunakan sebagai diuretik, yang digunakan untuk menyingkirkan asid urik berlebihan daripada badan seperti gout.
Halia sudah lama digunakan terutama dalam perubatan ayurvedik untuk melegakan keradangan dan kesakitan sendi. Begitu juga dengan gabungan beberapa herba lain seperti guaiacum, sarsaparila dan cili benggala untuk kesan sinergistik.
Mandi dengan air panas sebelum tidur membantu melegakan kekejangan dan kesakitan. Berjalan kaki adalah antara senaman yang baik untuk kebanyakan penghidap artritis.
©The New Straits Times Press (M) Berhad